Hening, sedih dan pilu: Bekas banduan PhD dapat perkenan menghadap Sultan Selangor

BANGI, 17 SYAABAN – Bekas banduan dan prospek pertama Malaysia yang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) semasa menjalani hukuman di penjara, Dr. Malik Bin Yatam, menerima perkenan untuk menghadap DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pertemuan hampir sejam itu berlangsung dalam suasana hening, sedih, dan pilu, menandakan pertemuan pertama seumpamanya antara Baginda dengan seorang bekas banduan yang mendapat pengampunan penuh.

Memetik Selangor Royal Office, Dr. Malik menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (LTS) selama 24 tahun, hukuman tanpa tarikh bebas, kerana kesalahan dilakukan ketika beliau berumur di bawah 18 tahun. 

Beliau tidak dijatuhkan hukuman mati dan akhirnya dibebaskan pada 11 Disember 2024.

Sejak mula menjalani hukuman pada 2001 pada usia 14 tahun, Dr. Malik kini berusia 39 tahun dan berjaya memperoleh Ph.D dalam pentadbiran perniagaan, hasil usaha melanjutkan pelajaran semasa di Penjara Kajang.

Dalam pertemuan itu, Baginda berkenan bertanyakan khabar tentang perkembangan hidup Dr. Malik selepas dibebaskan serta perancangan masa hadapan beliau. 

Baginda amat terharu dengan kisah perjalanan hidup Dr. Malik dan merasakan beliau layak diberi peluang kedua.

Baginda turut menasihatkan Dr. Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat memperbaiki taraf hidup. 

Pengampunan ini diberikan selepas semua faktor dibentangkan dan disembah maklumkan semasa Mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 24 November 2024.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Aminuddin harap pertemuan ulama PAS-UMNO jadi mukadimah penyatuan Melayu

Next Post

Pemuda ISMA bantah Festival Muzikal Air: Jangan gadai adab demi hiburan

Related Posts