KUALA LUMPUR, Sabtu – Tekanan memansuhkan hukuman mati dilakukan dari negara Barat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kiri atau liberal yang berlaku sekian lama.
Pengerusi Perikatan Masyarakat Sivil dalam Proses Semakan Sejagat Malaysia (MACSA), Lukman Sheriff Alias berkata, mana-mana hukuman di sesebuah negara itu mencerminkan nilai budaya masyarakat setempat dan perlu meminta pandangan daripada rakyat sendiri.
“Tekanan untuk memansuhkan langsung hukuman mati ini telah berlaku sekian lama, tekanan ini telah diberikan terutamanya oleh negara-negara barat dan NGO berhaluan kiri yang dipanggil liberal. Apabila saya ada pertemuan dengan kedutaan. Ini adalah isu-isu yang dbangkitkan samada bila kita dapat memansuhkan hukuman mati dan ini berlaku sebelum 2018. Setelah 2018 satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengkaji semula hukuman mati.” katanya.
Beliau berkata, pihaknya tidak bersetuju langsung untuk memansuhkan hukuman mati kerana katanya perkara sebegini patut diajukan kepada rakyat.
Malah, di Amerika Syarikat sendiri majoriti rakyat mahu hukuman mati dilaksanakan demi menuntut keadilan.
“Ini patut diajukan kepada rakyat sebenarnya hukuman sepatutnya mencerminkan budaya masyarakat dan apabila ingin mengubah sebegitu rupa sepatutnya rakyat diminta pandangan supaya nak tahu mereka mereka bersetuju atau tidak.
Beliau berkata demikian dalam rancangan Dimensi TV Pertiwi malam tadi.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Keputusan berkenaan dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun lepas.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/18/filem-mat-kilau-cabaran-besar-buat-para-pelakon/