BANGI, 15 SYAABAN – Aktivis tanah negara, Tamim Dahri membidas kenyataan EXCO Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berhubung pelabelan ‘ekstremisme’ dengan membuktikan pemikiran ekstremis yang sebenar.
Dalam hantaran di Facebook hari ini, Tamim memuat naik satu hantaran yang memetik namanya oleh seorang pengguna dengan nama akaun Sa Col.
Menerusi hantaran itu, jelas kelihatan pengguna akaun terbabit menggunakan kata-kata kesat terhadap Tamim sambil mengaku sebagai individu yang membunuh Adib (Muhammad Adib Mohd Kassim), anggota Bomba yang maut ketika kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di Seafield pada 2018.
Hantaran itu jelas mengecam usaha Tamim yang sebelum ini menawarkan perkhidmatan kepada pemilik tanah persendirian untuk merobohkan rumah anutan haram di atas tanah-tanah tersebut.
Untuk rekod, Tamim kini sedang mengumpul dana untuk membeli jentolak sambil mendapatkan lesen H – pengendalian jentera berat – untuk tujuan tersebut.
Pengguna media sosial itu mendakwa kononnya usaha Tamim sebagai menganggu urusan penganut Hindu selain mengugut pengasas portal tanahmalaya.com itu.
Namun begitu, Tamim memuat naik hantara tersebut dan memetik akaun rasmi Fahmi bagi menunjukkan contoh sebenar pemikiran seorang pelampau.
“Ini baru betul ekstremis, Dr Fahmi Ngah,” katanya ringkas di Facebook.
Bercakap dengan TV Pertiwi, Tamim menegaskan ugutan–ugutan seperti ini tidak akan menghalang misinya untuk mendedahkan lagi lokasi-lokasi rumah anutan haram di negara.
Malah beliau menegaskan bahawa sokongan yang diterima dalam kalangan masyarakat semakin meningkat dengan data lokasi rumah anutan terus dikongsikan kepada beliau.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi