KUALA LUMPUR, Ahad – Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan akan meninggalkan Bersatu.
Menerusi kenyataan beliau di Facebook, Mohd Rashid berkata dakwaan dirinya dan ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan keluar daripada Bersatu sebagai mustahil dan usaha untuk melemahkan parti.
Tambahnya, beliau mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap parti ini dan akan terus menyokong parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sementara itu beliau itu berkata serangan berita palsu itu jelas menunjukkan bahawa pihak tertentu cuba memberi perkspektif negatif yang cuba menjatuhkan Bersatu.
“Berhentilah mengadu domba dengan propaganda murahan untuk melemahkan Bersatu. Serangan berita palsu seperti ini jelas menunjukkan ada pihak tertentu ketandusan isu cuba untuk memberikan tekanan dengan memberi persepsi negatif yang kononnya boleh melemahkan Bersatu,” katanya.
Terdahulu, Mohd Rashid dan Mohamed Azmin terpalit dengan dakwaan mereka akan meninggalkan Bersatu selepas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar Bersatu pada 26 Mei lepas dan kemudiannya menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/19/pas-harap-hubungan-mn-dapat-dikekalkan/