JAKIM panggi lelaki Islam sertai ‘Interfaith Water Ceremony’

BANGI, 3 REJAB – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil seorang lelaki Islam yang dikatakan terbabit dalam program ‘Interfaith Water Ceremony’ yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata JAKIM mengambil perhatian mengenai penularan isu berkaitan dakwaan penglibatan individu Muslim dalam program terbabit. 

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, individu tersebut bukan pegawai JAKIM.   Bagaimanapun, JAKIM akan memanggil individu berkenaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini. 

Dr Sirajuddin menegaskan bahawa JAKIM sentiasa komited memelihara kesucian akidah umat Islam.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung  pembabitan umat Islam dalam program itu membuat laporan rasmi kepada polis serta pihak berkuasa agama Islam negeri.

Menurutnya, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah mengeluarkan kenyataan media rasmi pada 18 Disember lalu bagi menjelaskan isu dakwaan penyertaan pegawai JHEAIPP dalam program itu. 

Kenyataan berkenaan memperincikan latar belakang penganjuran program, tujuan sebenar kehadiran pegawai agama Islam negeri, serta konteks rakaman yang tular di media sosial.

“Bagi memastikan penelitian yang adil dan menyeluruh, JAKIM telah mengadakan pertemuan dengan saudara Ahmad Iqram Mohamad Noor bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung isu yang dibangkitkan. Perkara ini sedang diteliti secara serius oleh JAKIM.

“⁠Pada masa sama, JAKIM bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama negeri serta agensi berkaitan, bagi memastikan penilaian dibuat secara menyeluruh, berlandaskan perundangan sedia ada,” katanya. 

Terdahulu, tular di media sosial seorang pegawai agama menyertai program ‘Interfaith Water Ceremony’ di sebuah hotel di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang diadakan November lalu. 

Interfaith water ceremony atau unity water ceremony ialah sebuah upacara berdoa bersama pemimpin agama lain yang menjadi agenda penting dalam ritual gereja unification.

Dalam upacara ini, pemimpin pelbagai agama akan menuang air ke dalam sebuah bekas (lazimnya mangkuk kaca) selepas bacaan doa atau ayat suci daripada setiap wakil agama sebagai lambang kepelbagaian yang bertemu dalam satu kesatuan di bawah Tuhan mereka. 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gelaran ‘Dr’ tidak beri hak jadi pengamal perubatan – MPM

Next Post

Dr Ong Kian Ming saran ampun Najib, gugur kes Guan Eng, Muhyiddin

Related Posts