Allahyarham Penerima Anugerah Green Endorsement TUDM

(Foto / sumber : VE-Story Anugerah)
(Foto / sumber : kosmo)

RABU, 17 NOVEMBER – Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM, Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustami yang maut dalam nahas pesawat Hawk malam tadi merupakan penerima Anugerah Green Endorsement TUDM pada minggu lalu.

Anugerah itu diberikan sebagai pengiktirafan kerana kejayaan juruterbang mengawal pesawat untuk berhenti dengan selamat tanpa kemudaratan.

Pengiktirafan itu disampaikan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad di Subang Jaya.

Menurut laporan di portal rasmi TUDM, Anugerah itu diterima Mohamad Affendi menerusi anugerah inovasi TUDM.

Sementara itu, jenazah Allahyarham selesai dibedah siasat kira-kira jam 9 pagi ini di  Unit Forensik Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Allahyarham dijangka  dikebumikan di kampung halamannya di bandar Muadzam Shah, Pahang.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Agong Perkenan 3 Akta Diluluskan Pada Mesyuarat Pertama Parlimen

Next Post

Hisap Rokok & Tiada Penjarakan Fizikal, Pematuhan SOP Dipertikai

Related Posts