Wanita dalam video kes Albert Tei diminta hadir ke Pejabat SPRM

BANGI, 6 JAMADILAKHIR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta seorang wanita yang dikaitkan dalam sebuah klip video melibatkan perbualan bersama ahli perniagaan, Albert Tei, yang tersebar pada hari ini untuk hadir ke Pejabat SPRM bagi memberi keterangan.

Menurut SPRM, kehadiran wanita terbabit amat penting bagi membantu siasatan kes yang melibatkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.

“SPRM kini sedang berusaha mengesan wanita berkenaan dan meminta agar individu ini dapat hadir ke pejabat SPRM pada 1 Disember 2025.” kata SPRM dalam kenyataan media, hari ini. 

Selain itu mengikut kenyataan itu, SPRM telah menghubungi Albert Tei dan memintanya hadir ke Pejabat SPRM pada tarikh yang sama.

SPRM juga mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara bebas dan menyeluruh.

Bagaimanapun, kenyataan media SPRM tidak pula menyatakan sama ada akan memanggil bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mat Akin.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata pihaknya akan menyiasat segera tohmahan pemberian rasuah Albert yang merupakan ahli perniagaan kepada   Shamsul Iskandar.

Menurut Azam, SPRM akan memanggil Albert dan Shamsul Iskandar dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.

Terdahulu, Shamsul Iskandar yang dikaitkan dengan mengeluarkan surat sokongan untuk projek pembinaan hospital dan  menerima  lebih RM600,000 daripada Albert mengumumkan perletakan jawatan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pembinaan karakter pelajar bermula di rumah – Cikgu Izzat

Next Post

Rasulullah benci rasuah dan mereka yang terlibat

Related Posts