Gelombang trauma psikologi di Gaza selepas gencatan senjata

GAZA, 13 JAMADILAWAL  – Penduduk Gaza kini mengalami “letusan” trauma psikologi akibat kempen ketenteraan Israel yang memusnahkan wilayah itu yang menurut pakar kesihatan mental Palestin, fenomena itu semakin jelas sejak gencatan senjata bulan lalu.

Dua tahun serangan udara dan pencerobohan ketenteraan berulang oleh Israel yang menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan mengorbankan lebih 68,000 orang serta keadaan kehilangan tempat tinggal dan kebuluran yang meluas, menjejaskan 2.3 juta penduduk Gaza.

Krisis ini terserlah apabila semakin ramai penduduk mendapatkan rawatan di pasukan Hospital Kesihatan Mental Bandar Gaza, yang kini beroperasi dari sebuah klinik berhampiran selepas bangunan asal rosak, kata ketuanya, Abdallah al-Jamal.

“Apabila gencatan senjata bermula, ia seperti letusan gunung berapi. Pesakit datang berduyun-duyun untuk mendapatkan khidmat rawatan mental. Malah stigma yang dulu wujud, rasa malu atau takut untuk berjumpa ahli psikologi, kini sudah tiada lagi,” katanya, menggambarkan “peningkatan sangat besar” jumlah pesakit berbanding sebelum konflik.

Jamal dan seorang rakannya, berusaha sebaik mungkin, namun dengan kerosakan teruk pada hospital, sumber mereka amat terhad dan terpaksa berkongsi satu bilik, menyebabkan pesakit kehilangan ruang privasi ketika sesi rawatan.

“Ini sebenarnya tidak wajar dari segi cara perkhidmatan diberikan, tetapi kami cuba sedaya upaya mencari pilihan,” katanya mengenai lebih 100 pesakit yang dirawat setiap hari.

Dalam kalangan kanak-kanak, pakar kesihatan mental dari Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan banyak kes mimpi ngeri, kencing malam dan simptom lain, termasuk kesukaran menumpukan perhatian.

“Kanak-kanak Gaza menderita akibat kekurangan makanan, air, tempat tinggal dan pakaian,” kata Nivine Abdelhadi, pakar dari pertubuhan itu yang turut menganjurkan aktiviti untuk kanak-kanak seperti permainan dan sesi bercerita.

Gencatan senjata mula berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu. Namun, beberapa insiden keganasan masih berlaku selepas itu apabila tentera udara Israel melakukan pengeboman dari semasa ke semasa. – REUTERS

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Boikot majlis KPKT wajar diteruskan sebagai pengajaran – Firdaus Wong

Next Post

Umat Islam dinasihat lebih cakna sebelum beli produk label halal

Related Posts