Maahad Imtiyaz dan pelajarnya dinobat terbaik SPM 2024 kategori SMAR

BANGI,11 JAMADILAWAL – Maahad Imtiyaz mencatat kejayaan berganda apabila sekolah itu serta salah seorang bekas pelajarnya masing-masing menerima dua anugerah tertinggi dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Negeri Perak 2025 yang berlangsung di Casuarina Convention Centre, Hotel Casuarina.

Majlis berprestij itu disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Dalam majlis tersebut, Maahad Imtiyaz diumumkan sebagai Sekolah Terbaik SPM Tahun 2024 bagi kategori Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR).

Sementara itu, Izzah Khadija binti Ahmad Ghadaffi, bekas pelajar Maahad Imtiyaz bagi sesi 2020 hingga 2024, turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Murid Terbaik SPM 2024 bagi kategori yang sama.

Anugerah bagi pihak sekolah diterima oleh Ustaz Azimi bin Mohamed, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Maahad Imtiyaz.

Ini merupakan kali keempat Maahad Imtiyaz menerima pengiktirafan di peringkat negeri selepas kejayaan pada tahun 2017, 2022 dan 2023.

Menurut Ustaz Azimi, kejayaan tersebut membuktikan komitmen berterusan pihak sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari aspek akademik, hafazan dan sahsiah.

“Anugerah ini adalah bukti keberkesanan pendekatan pendidikan bersepadu yang diterapkan di Maahad Imtiyaz. Kami berusaha membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga kukuh dari aspek kerohanian, disiplin dan kepimpinan,” katanya.

Sementara itu, Izzah Khadija menzahirkan penghargaan kepada guru-guru Maahad Imtiyaz atas tunjuk ajar dan pengorbanan mereka sepanjang tempoh pembelajarannya. Beliau turut berterima kasih kepada kedua ibu bapanya yang memilih Maahad Imtiyaz, Chemor sebagai sekolah menengahnya.

Dengan slogan “Huffaz Inovatif Mandiri,” Maahad Imtiyaz terus komited mendidik generasi penghafal al-Quran yang menggabungkan keilmuan, nilai Islam dan kemahiran abad ke-21 dalam kehidupan seharian.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Menteri tak perlu ‘menggelupur’ kalau wartawan tanya isu bahasa kebangsaan – IDENTITI

Next Post

“Berani ugut wartawan…itulah nasib Melayu di bumi Melayu” – Ridhuan Tee

Related Posts