Pengosongan tapak Masjid Dengkil dibuat dalam tempoh 1 bulan – JAIS

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, 13 SYAWAL – Individu yang menghuni di tapak yang diwartawakan sebagai lokasi pembinaan Masjid Dengkil adalah individu yang dipindahkan dari Ladang Galloway, kata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

 

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tindakan itu berikutan pengambilan tanah oleh kerajaan bagi projek pembangunan Cyberjaya.

 

Beliau berkata, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sepang telah memberi penempatan bahary bagi aktiviti individu tersebut berpindah ke tanah rizab Sungai Langat dan telah mendapat status menduduki sementara (TOL).

 

“Pada tahun 2007, Kerajaan Negeri mengarahkan pengosongan oleh individu tersebut bagi tujuan rizab masjid dan berlaku tuntutan pampasan oleh individu atas arahan pengosongan tapak.

 

“Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri telah mewartakan tanah dengan keluasan 10 ekar bagi tujuan pembinaan masjid dan sebahagian dari tanah tersebut adalah tanah rizab Sungai Langat yang diuasakan oleh individu terbabit tanpa mengeluarkan individu yang menduduki tanah,” katanya dalam kenyataan semalam.

 

Mengulas lanjut, beliau berkata, sejak awal pewartaan dibuat, JAIS menganggap tanah tersebut adalah kosong daripada sebarang aktiviti dan pembinaan bangunan.

 

Namun, katanya, pada 2024, JAIS telah mengesan wujud aktiviti dan pembinaan bangungan di atas tanah bagi pembinaan sebuah masjid yang akan dimulakan pada 2026.

 

“Sehubungan itu, JASI telah mengeluarkan surat bertarikh 10 September 2024 untuk PDT Sepang mengambil tindakan mengikut undang-undang bagi pengosongan tanah.

 

“Dengan tindakan ini, JASI berpandangan bahawa laporan polis tidak perlu dibuat kerana PDT Sepang mempunyai kuasa di bawah Kanun Tanah Negara 1965 untuk menguatkuasakan pengosongan tanah kerana wujud aktiviti dan pembinaan bangunan tanpa mendapat kebenaran daripada JAIS.

 

“Namun JIAS akuit tiada tindakan susulan diambil oleh PDT terhadap surat daripada JAIS,” ujarnya.

 

Susulan itu, Mohd Shahzihan berkata, JAIS akan bekerjasama dengan PDT untuk memastikan tindakan bagi pengosongan tanah di tapak pembangunan masjid Dengkil dibuat dalam tempoh sagtu bulan.

 

Katanya, JAIS akan memastikan tiada sebarang bentuk pencerobohan terhadap mana-mana tanah di bawah kawalannya dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku sebaliknya.

 

“Orang awam yang mengetahui sebarang bentuk pencerobohan terhadap tanah di bawah kawalan JAIS juga diminta terus menyalurkan maklumat kepada JAIS atau Pihak Berkuasa Negeri, Pejabat Agama Islam Daerah atau menghubungi Talian Hotline Pengkuatkuasa JAIS 1-800-88-2424 untuk perhatian dan tindakan selanjutnya,” tambah beliau.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

 

#JAIS #Dengkil #ceroboh #tanah #masjid

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gaza makin derita, bayi lahir pasif, tiada bekalan susu formula

Next Post

Pengumuman dana KPKT ketika PRK Ayer Kuning mencurigakan – PERKASA

Related Posts