KUALA LUMPUR, Jumaat – Filem Mat Kilau mempunyai nilai-nilai semangat patriotism yang tinggi serta penceritaan sejarah yang bagus dan perlu disokong dan ditonton oleh generasi ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata beliau berkaharap agar industri perfileman akan memperbanyakkan lagi menyiarkan filem yang membabitkan sejarah melayu.
“…tapi yang penting sekali pada pemerhatian saya mesej yang dibawa dalam filem itu penting sarat dengan mesej-mesej di sepanjang dialog yang saya perhatikan file mini harus ditonton terutama sekali generasi muda kerana ia membawa bukan sahaja soal sejarah tetapi ini juga merupakan…semangat patriotisme yang tinggi…yang baik…”
TAN SRI ANNUAR MUSA / Menteri Komunikasi dan Multimedia
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan tayangan khas filem Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan di Golden Screen Cinema (GSC), di Kuala Lumpur malam semalam.
Turut hadir dalam tayangan perdana itu ialah Timbalan Menteri KKOM, Datuk Zahidi Zainul Abidin, penerbit studio kembara, Abdul Rahman Mt Dali dan Shahruddin Dali serta barisan pelakon, Adi Putra dan Yayan Ruhian.
Sementara itu, Annuar berkata penerbit filem tempatan perlu lebih agresif dalam memasarkan filem mereka bukan sahaja di dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa juga.
“…bermakna filem filem-filem tempatan ni kita perlu lebih agresif untuk memasarkan bukan saja dalam negara tapi ke luar negara. Tetapi soal marketing sebegitu dia tidak terjadi dengan sendiri kita perlu ada contact dengan filem…bawa produk keluar…”
TAN SRI ANNUAR MUSA / Menteri Komunikasi dan Multimedia
Katanya, walaupun memiliki skrip, pelakon dan arahan yang baik, faktor daya pemasaran yang mantap perlu lebih dititikberatkan agar karya filem tempatan mampu pergi lebih jauh.
Pautan FB : https://www.facebook.com/TvPertiwi/
Berita Semasa : https://tvpertiwi.com/2022/06/24/saya-beri-guan-eng-rm200000-saksi/