“Kuota tambahan 300 liter BUDI95 tak cukup, hanya bertahan seminggu” – TPAD

BANGI, 8 JAMADILAWAL – Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD) menuntut kerajaan supaya bersikap adil dalam pengagihan subsidi petrol RON95 menerusi insiatif BUDI95 kepada pemandu e-hailing dengan meningkatkan kuota kepada 1,400 liter.

Presidennya, M. Nathan berkata, kuota tambahan 300 liter – menjadikan jumlah kuota diterima sebanyak 600 liter – kepada pemandu e-hailing adalah tidak mencukupi dan hanya mampu bertahan antara 7 hingga 10 hari.

Katanya, ini kerana, jarak operasi harian pemandu sepenuh masa boleh mencecah 250 hingga 350 kilometer sehari, tidak termasuk perjalanan ketika sedang mencari atau menunggu penumpang.

Beliau berkata, tambahan kuota subsidi kepada 1,400 liter adalah berdasarkan jumlah yang diterima oleh pemandu teksi.

“Pada masa sama, tambang tidak pernah disemak sejak sistem diperkenalkan, sedangkan kos kenderaan dan petrol terus meningkat.

“Oleh itu, TPAD mencadangkan penyeragaman subsidi kepada sekurang-kurangnya 1,200 liter hingga 1,400 liter sebulan untuk pemandu sah berlesen e-hailing dan p-hailing, selaras dengan subsidi terima pemandu teksi,” katanya dalam sidang media di hadapan Kementerian Kewangan (MOF), hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, TPAD turut mencadangkan kelulusan segera kepada pemandu yang masih belum menerima kuota tambahan walaupun aktif beroperasi.

Katanya, persatuan itu juga mencadangkan sesi perundingan rasmi antara MOF, Kementerian Pengangkutan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan TPAD bagi merangka mekanisme subsidi yang lebih adil.

“Nak jadi pemandu e-hailing ada begitu banyak syarat termasuk memohon lesen PSV, tiada rekod jenayah dan perlu melepasi pemeriksaan PUSPAKOM. Di sini sahaja sudah cukup membebankan. Kenapa perlu letak lagi 3,000 kilometer perjalanan sebagai syarat untuk memohon kuota tambahan?

“Tambahan kuota 300 liter adalah tidak adil kerana kos operasi sekrang adalah mengikut bajet RM2.05 satu liter, tapi ramai (pemandu e-hailing) sudah habis kuota menyebabkan mereka perlu membeli petrol RON95 pada harga RM2.60 seliter,” tambahnya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Jangan ambil mudah pengaruh permainan dalam talian – Dr Najwa

Next Post

Pembunuhan beramai-ramai di el-Fasher: Apa yang berlaku di Sudan sekarang?

Related Posts