Acu pistol larang pengawal puasa, majikan dihukum penjara enam tahun

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 27 RAMADAN — Seorang ahli perniagaan dihukum penjara enam tahun 10 bulan dan denda RM22,000 selepas mencederakan pengawal peribadinya kerana mahu berpuasa. 

 

Hakim Mahkamah Majistret Klang, Siti Zubaidah Mahat menjatuhkan hukuman itu kepada Chung Chee Yang selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, lapor Berita Harian. 

 

“Bagi kes mengugut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, tertuduh dihukum penjara lima tahun dan denda RM10,000.

 

“Manakala kes kedua mengikut Seksyen 298 kanun sama iaitu mengeluarkan perkataan disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan mangsa, tertuduh dipenjara setahun dan denda RM10,000.

 

“Bagi kes sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pengawal peribadi mengikut Seksyen 323 kanun sama, tertuduh dipenjara 10 bulan dan denda RM2,000 dengan semua hukuman pemenjaraan berjalan berasingan,” katanya.

 

Hakim menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan hukuman dan penjara tambahan 21 bulan jika gagal membayar denda.

 

Berdasarkan pertuduhan, Chee Yang, 47, didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dengan mengacukan pistol ke arah Mohd Azminizam Zulkepli, 48.

 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di perkarangan rumahnya di Bandar Bukit Tinggi Pada 13 April 2021.

 

Peguam tertuduh, Abdul Hakeem Aiman dalam rayuannya mendakwa Chee Yang seorang majikan yang baik dan banyak membantu golongan terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Katanya, anak guamnya juga tidak pernah gagal hadir ke mahkamah sepanjang prosiding empat tahun lalu.

 

Timbalan Pendakwa Raya, Nuruljannah Aimi bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman berat kerana kelakuan tertuduh tular menghina agama Islam. 

 

Katanya, Chee Yang bukan saja mencederakan mangsa malah mengacukan pistol kepada pengawal peribadinya kerana berpuasa.

 

“Kes ini berlaku pada hari pertama puasa iaitu pada 13 April 2021 dan diselesaikan pada hujung Ramadan iaitu 28 Mac hari ini selepas hampir empat tahun.

 

“Diharap hukuman paling berat dikenakan kepada tertuduh supaya tiada lagi individu boleh menghina agama Islam atau menjadi angkuh serta bongkak selepas ini,” katanya.

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Lencana Malaysia tidak wajib? KPM bazir RM20 juta, kata aktivis

Next Post

Anwar ulang subsidi bersasar RON95 hanya jejas warga asing, maha kaya

Related Posts