Perjanjian tarif Malaysia-AS: Risiko dan timbal balik perlu diperhati

BANGI, 6 JAMADILAWAL – Perjanjian tarif antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menimbulkan implikasi penting terhadap perdagangan dan pelaburan negara, termasuk risiko tekanan ekonomi jangka panjang.

Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai, menegaskan bahawa semua pihak perlu bersedia secara strategik bagi memastikan manfaat maksimum dapat dicapai sambil meminimumkan risiko jangka panjang.

“Dalam jangka pendek, perjanjian ini menamatkan spekulasi tentang impak dasar tarif baru AS terhadap Malaysia dan semua negara di dunia. 

“Ekonomi Malaysia nampaknya tidak banyak terjejas, malah kadar pertumbuhan dan volum perdagangan meningkat dengan baik pada suku ketiga 2025,” katanya kepada TV Pertiwi.

Bagi jangka pertengahan, Malaysia perlu memastikan industri semikonduktor terus stabil.

“Industri semikonduktor negara tidak terjejas kerana barangan keluaran syarikat atau pelaburan AS di Malaysia tidak dikenakan cukai. Selagi Malaysia menumpukan pelaburan AS dalam sektor ini, kedudukan eksport semikonduktor akan terjamin,” ujarnya.

Mengulas jangka panjang, Prof. Barjoyai berkata, Malaysia perlu menilai timbal balik tertentu, termasuk pembelian barangan AS seperti jet.

“Tetapi pasti ada escape clause yang membolehkan Malaysia menamatkan perjanjian ini jika Malaysia merasakan ia menekan dan menghimpit ekonomi negara didalam jangka panjang,” tambahnya.

Perjanjian ini memberi impak besar terhadap perdagangan dan pelaburan, namun keberkesanannya bergantung kepada strategi serta kesiapsiagaan Malaysia untuk memastikan ekonomi negara tidak terhimpit dalam jangka panjang.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

FIFA dan UEFA dikritik benarkan Israel bertanding walaupun wujud laporan genosid Gaza

Next Post

Lawatan Trump selesai, jenayah di Gaza belum berakhir

Related Posts