
( Bekas ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Dr Edmund Terence Gomez / sumber : TV Pertiwi)
RABU, 19 JANUARI – Kenyataan SC semalam tidak dipersetujui bekas bekas ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Dr Edmund Terence Gomez .
Memetik malaysiakini – Menurutnya Ketidakupayaan (SC) untuk menentukan secara muktamad sama ada Azam Baki telah melakukan pelanggaran undang-undang atau tidak menunjukkan perlunya ketua pesuruhjaya SPRM itu direhatkan sementara beliau disiasat.
“SC yang tidak menyatakan sebab mengapa ia tidak dapat secara muktamad menentukan kesahan dakwaan terhadap Azam menimbulkan persoalan yang sangat membimbangkan – mengapa semua usaha untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan ini tidak menghasilkan siasatan yang mendalam dan terbuka?’’
– bekas ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Dr Edmund Terence Gomez
Gomez yang merupakan bekas ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM berkata ini kerana keputusan SC semalam sangat mengejutkan dan “tidak boleh diterima.”
Katanya walaupun kes itu dilaporkan secara meluas di media dan dibangkitkan di Parlimen dan dibawa ke perhatian lembaga penasihat SPRM, tiada siasatan bebas dilakukan. Sekarang kita diberitahu oleh SC yang ia tidak dapat menentukan jika Azam melanggar undang-undang.