Berani ke kacau industri arak?

BANGI, 2 JAMADILAWAL – SEMUA orang sedia maklum bahawa arak itu haram di sisi agama Islam. Agama-agama lain juga tidak menggalakkan penganutnya meminum arak.

Jadi, kita semua telah sepakat bahawa meminum arak itu bukan ajaran mana-mana agama. Bahkan, peminumnya akan menjadi mabuk dan melakukan perkara di luar kawalan.

Kita juga sering membaca berita mengenai pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut. Hukuman terhadap pemandu ini tidak setimpal walaupun nyawa sudah melayang.

Baru-baru ini, kita juga dikejutkan dengan berita hidangan arak di sebuah majlis anjuran kerajaan. Kecoh satu Malaysia.

Terkini di Parlimen, hangat dibahaskan isu jualan arak dalam penerbangan MAS. Nama PAS Airlines, DAP Airlines pun muncul.

Ada banyak lagi insiden dan peristiwa panas melibatkan arak. Tapi tak ada siapa berani sentuh isu akar, isu yang menjadi punca segala masalah, iaitu industri arak itu sendiri.

Dalam pembentangan Bajet 2026, Menteri Kewangan telah mengumumkan kenaikan cukai alkohol sebanyak 10%. Ya, pendapatan negara kian bertambah dengan hasil kutipan cukai industri arak. Tapi kenapa tak naikkan 50%? Lagi tinggi, lagi untung!

Ulama berbeza pandangan tentang hasil cukai arak yang menjadi pendapatan negara. Pendapat yang lebih ringan mengatakan ia boleh diterima dengan syarat ia perlu diasingkan agar penggunaannya tidak melibatkan umat Islam.

Pandangan ini diungkapkan dengan alasan bahawa kita hidup dalam sebuah negara berbilang kaum, yang sebahagiannya meminum arak. Sebab itulah arak dibenarkan dijual dan diminum serta dikenakan cukai.

Berbalik kepada soalan yang dijadikan tajuk di atas, isu sebenar pada masa ini bukanlah soal berani atau tidak menyentuh industri arak. Hal ini kerana industri arak terlalu besar untuk ditutup. Bahkan, ia menjana pendapatan berbilion ringgit untuk negara.

Kita tak boleh terlalu drastik dalam isu industri arak. Hakikat ini pedih tapi terpaksa ditelan. Inilah realitinya walaupun kita bangsa majoriti. Kuasa bukan di tangan kita.

Tapi kita boleh bersikap lebih tegas dalam isu pemandu mabuk, hidangan arak di majlis kerajaan, dan penjualan arak di pesawat penerbangan nasional.

Semua sedia maklum akan mudarat arak, tapi masih ada yang buat-buat tak kisah dan mahu menjadi hero menegakkan benang yang basah.

Sekian sahaja siulan Sang Pekaka dalam isu arak. Semoga lebih ramai sedar keburukan arak yang jauh lebih besar daripada keuntungan berbilion-bilion. Apa guna ada keuntungan berbilion jika ramai yang mati dan terseksa disebabkan bahana arak.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Hidangan arak MAS: Ini bukan isu parti, ini isu agama

Next Post

Kebanyakan rakyat Amerika Syarikat sokong iktiraf negara Palestin

Related Posts