Rakyat akan keluar berdemo bantah kedatangan Trump pro-Israel – ZRA

BANGI, 1 JAMADILAWAL- Rakyat Malaysia akan turun demonstrasi sebagai isyarat membantah kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bermula Ahad ini.

Pempengaruh media dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) berkata, demonstrasi itu adalah isyarat jelas meskipun Trump datang dengan misi perniagaan.

Beliau berkata, jika Trump datang dengan misi membangunkan ekonomi, perkara itu wajar diserahkan kepada orang politik untuk diselesaikan.

“…tetapi bagi mereka yang mempunyai suara masyarakat sivil, kita ‘register’ dengan terang bahawa Malaysia tidak menyokong dasar Trump dalam satu pembulian di Israel.

“Ekonomi itu biarlah orang politik selesaikan. Apa potensi kita boleh dapat daripada hubungan ini. Kita pun tahu AS adalah rakan dagang kita yang besar dan kita tahu Trump mungkin boleh bertindak ke atas ekonomi kita dengan sistem tarif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Podcast Keluar Sekejap (KS) pada Rabu.

Menurutnya, Trump mesti menyelesaikan misi Palestin dengan merdeka dan melaksanakan two-state solution.

“Jadi saya kata untuk orang awam akan keluar berdemo, untuk kerajaan mereka mestilah berusaha untuk mendapatkan rundingan yang terbaik kerana kita tak boleh nafikan bahawa AS adalah rakan dagang kita yang besar,” katanya.

Semalam, Trump mengesahkan akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan dalam masa terdekat.

Trump berkata, ketiga-tiga negara itu merupakan lokasi paling sesuai dikunjungi.

Pada masa sama, Trump menyatakan hasrat untuk terus “bersikap baik terhadap China”, meskipun ketegangan perdagangan antara AS dan China kembali meningkat.

Trump dijangka bertemu Presiden China, Xi Jinping di Korea Selatan minggu depan. Beliau turut menghargai hubungannya dengan Jinping.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

IDENTITI cadang tukar nama Taiping kepada Kelian Pauh

Next Post

Mampukah Anwar yakinkan Trump?

Related Posts