
(Pemerhati SPRM, Jais Abdul Karim / sumber : TV Pertiwi)
RABU, 29 DISEMBER – Pemerhati Rasuah Malaysia MCW berpendapat bahawa perkara ini adalah amat serius dan perlu dijawab segera oleh SPRM.
Presidennya, Jais Abdul Karim berkata walaubagaimanapun MCW berpendapat ia sekaligus mencalarkan imej SPRM.
Malah Prof Edmund Terence Gomez, katanya perlu bekerjasama secara berkumpulan dalam Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah,(PPPR) untuk menyelesaikan perkara ini dan bukannya membuka isu ini di khalayak awam.
Tambah Jais, Tan Sri Azam Baki sebagai seorang pegawai kanan SPRM yang amat berpengalaman pastinya tidak akan meletakkan diri beliau dalam keadaan mempunyai kepentingan yang bercanggah dengan tugasan hakiki beliau.
Katanya persoalan sama ada kekecewaan yang dizahirkan Prof Terence kerana tiada tindakan atau mesyuarat di peringkat PPPR adalah pra-matang dan merupakan urusan pentadbiran dalaman mereka. Hakikatnya masih banyak lagi saluran yang lebih sesuai daripada mencalarkan imej agensi yang diwakilinya.