Timbalan Ketua Polis Negara meninjau pembersihan perumahan mangsa banjir

Timbalan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Selangor meninjau bantuan | Foto: Polis Selangor


31 Disember 2021 , Jumaat : Timbalan Ketua Polis Negera, Dato’ Razarudin bin Husain, diiringi Ketua Polis Selangor CP Dato’ Arjunaidi bin Mohamed, telah meninjau atur gerak penugasan operasi pasca banjir oleh Polis Diraja Malaysia (
PDRM) bersama pasukan sahabat di Taman Sri Nanding, Hulu Langat.

Program Gotong royong pembersihan di kawasan tersebut telah dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah, Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas (CPSK) Pasukan Gerakan Khas (PGK) dan warga IPD Kajang dengan kekuatan seramai 209 orang.

Timbalan Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Selangor meninjau bantuan | Foto: Polis Selangor

Dalam pada itu, terdapat agensi-agensi lain yang turut serta dalam gotong royong tersebut seperti Rela, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Penjara dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kekuatan seramai 200 orang.

Hadir sama mengiringi Timbalan Ketua Polis Negara dan CP Dato’ Arjunaidi bin Mohamed adalah Ketua Polis Selangor, ACP Mohd Zaid bin Hassan, Ketua Polis Daerah Kajang dan Supt. Rudy bin Abdullah, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Selangor.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Harga Ayam, Telur, Kacang Panjang, Sawi Turun Esok

Next Post

Umrah Ditangguhkan Sementara Berkuat Kuasa 8 Januari

Related Posts