Israel wajib benarkan bantuan ke Gaza, tidak guna kebuluran sebagai senjata perang: ICJ

THE HAGUE, 1 JAMADILAWAL- Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Israel terikat di bawah Konvensyen Geneva untuk bersetuju dan memudahkan skim bantuan yang disediakan oleh negara ketiga bagi memastikan bantuan mencukupi sampai kepada penduduk Gaza di Palestin.

Keputusan itu turut membabitkan kumpulan kemanusiaan berkecuali, termasuk Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA).

Dalam pendapat terperinci semalam, mahkamah dunia itu menegaskan bahawa Israel, sebagai kuasa yang menduduki semenanjung itu mempunyai tanggungjawab tanpa syarat untuk memastikan keperluan asas penduduk tempatan dipenuhi.

Mahkamah mendapati bahawa penduduk Gaza telah dibekalkan secara “tidak mencukupi” dalam pengertian Artikel 59 Konvensyen Geneva Keempat, dan oleh itu Israel mesti membenarkan serta membantu operasi bantuan kemanusiaan.

Mahkamah mendapati Israel menyekat dengan teruk kemasukan bantuan, bahkan menghalang penghantaran bekalan kemanusiaan serta perubatan bermula 2 Mac lalu, dan hanya membenarkan jumlah terhad disambung semula mulai 19 Mei.

Ia juga tidak menemui sebarang bukti diskriminasi dalam pengagihan bantuan oleh UNRWA berdasarkan kewarganegaraan, bangsa, agama atau pandangan politik.

“Kuasa pendudukan tidak boleh sama sekali menggunakan alasan keselamatan untuk membenarkan penggantungan umum semua aktiviti kemanusiaan di wilayah yang diduduki,” kata mahkamah, sambil mengulangi bahawa kewajipan Israel untuk memudahkan bantuan adalah “tanpa syarat.”

Mahkamah mengesahkan bahawa undang-undang pendudukan terpakai seiring dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang mengawal permusuhan, dan Israel mesti mematuhi kedua-dua set kewajipan tersebut.

Walaupun pendapat ini memberi tumpuan kepada mengenal pasti kewajipan undang-undang Israel dan bukan menentukan akibat sebarang pelanggaran, mahkamah menegaskan bahawa Israel tetap terikat di bawah undang-undang antarabangsa untuk menghormati, melindungi dan memenuhi hak asasi rakyat Palestin di wilayah yang diduduki.

“Israel, sebagai kuasa pendudukan, tidak berhak menuntut kedaulatan atau menjalankan kuasa berdaulat di mana-mana bahagian wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur,” kata mahkamah.

Mahkamah juga mengulangi kewajipan Israel untuk tidak menggunakan kebuluran terhadap penduduk awam sebagai kaedah peperangan. – TRT WORLD

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Mampukah Anwar yakinkan Trump?

Next Post

Budaya ‘persaingan’ merosakkan sistem pendidikan negara

Related Posts