Arak, judi tidak boleh ada di dewan sekolah – PM

BANGI, 1 JAMADILAWAL – Sebarang aktiviti melibatkan arak dan perjudian tidak boleh sama sekali diadakan di dewan sekolah kerana ia bercanggah dengan konsep dan falsafah pendidikan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, suasana sekolah seharusnya menjadi tempat mendidik anak-anak dengan nilai moral dan disiplin, bukan lokasi untuk kegiatan yang melanggar peraturan atau mencemarkan imej institusi pendidikan.

“Suasana sekolah, walaupun selepas waktu pembelajaran terutama dewan sekolah, tidak harus digunakan untuk kegiatan yang melanggar peraturan sekolah.

“Walaupun dikatakan disewa oleh badan bebas tapi kalau ada arak, perjudian, ini bukan mendidik anak-anak. Ia melanggar konsep dan falsafah pendidikan kita sendiri.

“Jadi, saya setuju malah, Menteri Pendidikan sudah membawa perkara ini kepada saya dan menyatakan bahawa ia harus diperketatkan,” katanya semasa sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Khamis lapor Sinar Harian. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN–Pasir Mas) berhubung isu penganjuran ‘pesta arak’ di kawasan sebuah sekolah menengah di Ipoh, Perak pada 27 September lalu.

Tambah Anwar, tindakan menghalang sebarang aktiviti berkaitan arak dan perjudian di kawasan sekolah bukan bermaksud kerajaan mahu menafikan hak masyarakat bukan Islam, tetapi bagi mengekalkan fungsi sekolah sebagai institusi pendidikan.

“Sekolah ini tempat didikan, ilmu, moral dan nilai. Kalau kita izinkan sedikit ‘cebisan’ arak, perjudian ditolak di kawasan sekolah, kita minta rakan-rakan bukan Islam kita faham. Ini sekolah, termasuk sekolah-sekolah bukan Islam.

“Anak-anak bukan Islam tidak diajar dari kecil untuk minum arak atau berjudi. Jadi budaya itu mesti budaya Malaysia keseluruhannya. Di luar, itu soal dan hak mereka, tidak langsung kita hendak pertikai. Buatlah di dewan lain.

“Itu pandangan saya. Saya sudah minta Kementerian Pendidikan melihat peraturan-peraturan ini,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Himpunan bantah kehadiran Trump: Batal atau tukar lokasi – KPN

Next Post

Hidangan arak MAS: Ini bukan isu parti, ini isu agama

Related Posts