BERSATU pecat Wan Saiful, gantung keahlian Wan Ahmad Fayhsal

BANGI, 22 RABIULAKHIR – Lembaga Disiplin BERSATU memecat keahlian Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan serta menggantung keahlian selama satu penggal Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Dalam kenyataan hari ini, lembaga disiplin itu turut memaklumkan pemecatan empat ketua bahagian parti.

Mereka ialah Mohd Azrudin Md Idris (Hang Tuah Jaya); Mohd Faizal Asmar (Pengerang); Mohd Fadhli Ismail (Ipoh Timur) serta Mohd Isa Mohd Saidi dari Bahagian Ampang.

TV Pertiwi difahamkan, keputusan itu dibuat selepas dikait dengan isu akuan bersumpah (SD) bagi mendesak pengunduran presiden parti berkenaan sebelum ini.

“Lembaga Disiplin parti telah menerima aduan bertulis daripada ahli BERSATU terhadap responden-responden berikut berhubung pelanggaran peruntukan Perlembagaan dan Tatakelakuan ahli parti.

“Sehubungan itu Lembaga Disiplin telah mengambil tindakan menyiasat aduan dan memanggil responden-responden untuk satu sesi pendengaran pada 8 Oktober 2025 dan seterusnya membuat keputusan selaras dengan Fasal 22.5 Perlembagaan BERSATU,” katanya.

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menyebut bahawa semua ahli yang dikenakan tindakan itu berhak untuk mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari.

“Lembaga Disiplin telah membuat keputusan berdasarkan siasatan yang telah dijalankan serta pertimbangan yang sewajarnya tanpa melibatkan mana-mana campur tangan pihak lain, bebas dan tidak berat sebelah,” tambahnya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Israel enggan bebaskan doktor Palestin yang berani berkata ‘tidak!’

Next Post

Sebelum tanah tergadai, bahasa terhakis

Related Posts