Ismail Sabri hadir ke Pejabat SPRM kali keenam

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri tiba di pejabat SPRM – Foto: Berita Harian

BANGI, 23 RAMADAN – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi hadir untuk memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, lapor Berita Harian.

 

Ini adalah kali keenam Perdana Menteri Kesembilan itu hadir ke memberi keteranngan.

 

Kenderaan Ahli Parlimen Bera itu dilihat tiba jam 10 pagi tadi

 

Sebelum ini, Ismail disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

 

Kes itu disiasat mengikut AKta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

 

Pada 3 Mac lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Bakti dilaporkan berkata bahawa Ismail ialah suspek bagi siasatan kes itu susulan penemuan wang tunai kira-kria RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas hasil daripada serbuan SPRM.

 

#SPRM #Ismail #siasatan #PM9

 

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ramanan umum bertanding jawatan Naib Presiden PKR

Next Post

Jumlah syahid di Gaza meningkat kepada 50,021 orang

Related Posts