Global Hayat bersama 16 NGO lancar ‘The Rightful Gift’, seru rakyat Malaysia terus bantu Gaza

BANGI, 15 RABIULAKHIR – Global Hayat bersama 16 pertubuhan lain melancarkan kempen The Rightful Gift bagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa harapan masih ada untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan secara langsung kepada penduduk Gaza. 

Ketua Pegawai Eksekutif Global Hayat, Muhd Farhan Muhd Fadhil, berkata kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu Palestin sangat tinggi dan ini dibuktikan dengan dengan penyertaan pempengaruh tempatan dalam Global Sumud Flotilla, himpunan aman di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, serta sokongan berterusan di media sosial.

Namun, katanya semua usaha ini masih belum mampu melunaskan hasrat sebenar rakyat Malaysia untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan secara langsung kepada penduduk Gaza yang masih menderita akibat genosid.

“Ada yang merasakan seolah-olah tiada lagi jalan untuk menyalurkan bantuan segera kepada mereka yang terjejas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bagaimanapun, katanya rakyat Malaysia masih mampu mengembalikan hak yang adil kepada rakyat Gaza, serta menyampaikan bantuan kemanusiaan dengan cara yang sah dan berkesan. 

Beliau yang juga Pengarah Sekretariat kempen The Rightful Gift berkata, ini yang menyebabkan Global Hayat sebagai badan bukan berasaskan keuntungan bersama rakan organisasi lain, melancarkan kempen itu untuk mengembalikan hak rakyat Palestin yang telah lama dinafikan.

Katanya, hak itu bukan hanya untuk menerima bantuan, tetapi yang lebih utama untuk hidup bebas di tanah air sendiri dan ini adalah lah hadiah yang benar-benar layak diberikan kepada mereka yang berjuang dan bertahan.

“Kempen The Rightful Gift akan berlangsung selama enam bulan, antara fokusnya ialah penyampaian bantuan kemanusiaan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang akan memberi manfaat kepada 640,000 rakyat Gaza menerusi saluran sah yang mematuhi undang-undang tempatan dan antarabangsa. 

“Antara bentuk bantuan yang akan disalurkan termasuk makanan panas dan roti, kotak makanan dan air bersih, kit kebersihan, susu dan lampin bayi, bekalan perubatan, kayu api dan pakaian musim sejuk serta selimut, jaket tebal dan khemah perlindungan,” katanya.

Muhd Farhan berkata, segala hasrat dan semangat rakyat Malaysia yang masih membara perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan nyata melalui sumbangan, kerjasama dan sokongan padu terhadap kempen ini.

Sehubungan itu, katanya sekretariat kempen akan memobilisasikan segala sumber dan keupayaan yang ada bagi memastikan The Rightful Gift mencapai objektif utama, iaitu mengembalikan hak, menyampaikan harapan dan menegakkan keadilan buat rakyat Palestin.

Katanya, sekretariat kempen terbuka untuk sebarang bentuk kerjasama dan mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan, syarikat swasta, persatuan, kelab dan individu untuk bersama-sama menjayakan kempen ini.

Sementara itu, katanya 7 Oktober, hari tercetusnya Taufan Al-Aqsa, merupakan tarikh penting dalam sejarah perjuangan membebaskan bumi Palestin, tanah suci umat Islam. 

“Ini menandakan fasa baharu dalam garis masa kebangkitan umat Islam sejak penubuhan negara haram Israel pada 1948. Peristiwa ini membuktikan bahawa rakyat Palestin dan umat Islam sedunia tidak pernah redha dengan nakbah yang telah berlaku lebih tujuh dekad lalu.

“Taufan Al-Aqsa bukan sahaja membangkitkan roh kesedaran umat Islam, bahkan membuka mata dunia terhadap kekejaman rejim Zionis Israel yang melakukan genosid terhadap penduduk Gaza. Dua tahun berlalu, umat Islam kini kembali meletakkan isu Palestin di tempat yang sewajarnya, menjadikannya antara agenda utama perjuangan umat,” katanya.

Pertubuhan yang setakat ini menjayakan kempen `The Rightful Gift’

1. Global Hayat

2. Dunia Palestin Network

3. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

4. Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

5. Kelab Perwira Malaysia

6. Yayasan Maghfirah

7. Nisa Al-Khair

8. Sukarelawan Ad-Diniah

9. Komuniti Dakwah Tarbiah

10.TV Pertiwi

11.Muafakat Ilmuan Islam

12.Fullstag Artelier

13.Global Nour

14.Harapan Hati Malaysia

15.Media Akal Wahyu

16.Perseni

17.Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Asia Tenggara dulu dikenali sebagai kepulauan Melayu dalam peta abad ke-16

Next Post

IDENTITI bantah Tourism Malaysia promosi acara Halloween di Sunway Lagoon

Related Posts