RUU URA: Tolak ‘roh’ kepartian, berpegang kepada Al-Quran – Presiden BERJASA

RUU URA
Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim

BANGI, 4 RABIULAWAL – Presiden BERJASA, Zamani Ibrahim menyeru semua 147 Ahli Parlimen Melayu Islam di Dewan Rakyat supaya bersatu menolak Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (URA) demi kepentingan rakyat secara menyeluruh.

Beliau berkata, ini kerana, RUU URA dibimbangi akan memberi kesan bukan sahaja terhadap orang Melayu tetapi juga kaum-kaum lain.

Justeru, beliau menggesa 77 wakil rakyat di blok kerajaan manakala 70 lagi pembangkang menolak tepi ‘roh’ kepartian dan membahaskan RUU URA dengan mengetengahkan perjuangan Islam, berpandukan kepada Al-Quran.

“Pembentangan RUU ini dibuat oleh Nga Kor Ming dan dia adalah pemimpin DAP. Walaupun dalam kerajaan ada UMNO, UMNO bukan dari DAP.

“Dalam kerajaan pun ada AMANAH, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun bukan dari DAP.

“DAP ada agenda lain iaitu Malaysian Malaysia. Oleh itu, sedarlah, kita orang mukmin, termasuk UMNO, AMANAH dan Perdana Menteri, lebih-lebih lagi BERSATU dan PAS,” katanya dalam video yang dimuat naik di media sosial BERJASA semalam.

Video itu dirakam ketika beliau menyertai himpunan aman di pekarangan Parlimen bagi menghantar memorandum kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming sebagai bantahan terhadap RUU URA.

Dalam pada itu, Zamani menasihatkan semua wakil rakyat beragama Islam yang diberi amanah untuk memimpin dan membawa suara rakyat supaya merujuk Surah Ali-Imran.

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya,” demikian menurut ayat 118, surah Ali-Imran.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

RUU URA berpotensi ceroboh hak milik rakyat Melaka

Next Post

Ejen PN? ‘Ambil cermin, tengok diri sendiri’ – Dr Akmal

Related Posts