Ejen PN? ‘Ambil cermin, tengok diri sendiri’ – Dr Akmal

BANGI, 4 RABIULAWAL – Ketua Pemuda UMNO menempelak pihak yang menuduhnya sebagai ejen Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau hanya membawa suara akar umbi yang mahu parti itu kembali kepada landasan perjuangan asal apabila lantang bersuara.

“Kalau saya ejen PN, dia ejen siapa? Jadi tiada isu ejen PN, kalau ejen PN, baik saya duduk dengan PN sahaja.

“Tetapi hari ini kita bawa adalah suara dan hasrat akar umbi, walaupun pahit, kita kena terima sebab dalam perjuangan tidak semuanya manis, kadang-kadang pahit itu ubat dan ubat itulah boleh mengubati dan boleh menyembuhkan.

“Jadi kepada yang tuduh saya ejen PN, suruh ambil cermin dan tengok diri sendirilah,” katanya di majlis Perhimpunan Anak Muda Terengganu di Kampung Gong Kemuntong, Jerteh, Terengganu, malam tadi. 

Dr Akmal menegaskan bahawa beliau adalah ejen ahli-ahli UMNO yang mahu parti itu kekal relevan dan diterima semula oleh rakyat,.

Walaupun diminta ‘slowdown’, beliau tetap meneruskan perjuangan yang dipegang Pemuda UMNO sejak 1949.

Beberapa sayap Pemuda DAP negeri seperti Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah, mendesak kepimpinan parti itu supaya memutuskan hubungan politik dengan Dr Akmal yang didakwa menjadi ejen PN dalam Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, beliau berkata, UMNO menginsafi kedudukan parti itu yang hanya mempunyai 26 kerusi Parlimen.

“Kita perlu menginsafi dan seharusnya mengambil iktibar di sebalik makna yang diberikan oleh rakyat kepada UMNO setelah hanya tinggal 26 kerusi.

“Rakyat mahukan satu gaya politik yang segar. Rakyat mahukan gaya politik yang jauh lebih matang, walaupun kita bersama dengan siapa, tetapi kita tidak pernah langsung yang mana mereka mahukan UMNO menjadi payung orang Melayu,” katanya lagi.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post
RUU URA

RUU URA: Tolak ‘roh’ kepartian, berpegang kepada Al-Quran – Presiden BERJASA

Next Post

MCA tak sokong RUU URA, gagal yakinkan rakyat

Related Posts