Oleh: Tyah Helmi
BANGI, Khamis – Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA) Mahmoud Abbas mengumumkan Rawhi Fattouh sebagai pengganti sementara sekiranya berlaku pengosongan jawatan itu.
Menurut laporan Middle East Eye, Rawhi yang kini memegang jawatan Pengerusi Majlis Kebangsaan Nasional Palestin.
Abbas yang berusia 89 tahun, masih memegang kerusi Presiden PA walaupun tempoh penggal beliau berada di jawatan itu telah berakhir pada 2009.
“Jika jawatan Presiden kosong tanpa kehadiran majlis perundangan, Presiden Majlis Kebangsaan Palestin (merujuk kepada Fattouh) akan memikul tugas… buat sementara waktu,” katanya.
Berdasarkan dekri yang dibacakan Abbas, keputusan itu dibuat atas dasar kepercayaan dan kesedaran di saat -saat yang penting di dalam sejarah tanah air dan perjuangan Palestin.
Tambah Abbas, sekiranya Fattouh dilantik menjadi Presiden sementara, beliau akan memegang jawatan tersebut selama 90 hari sehingga menjelangnya Pilihan Raya Presiden yang mengikut undang-undang pilihan raya Palestin.
Terdahulu, Fattouh pernah berkhidmat sebagai Presiden sementara Palestin pada tahun 2004 selepas kematian Yasser Arafat sehingga Abbas dipilih pada Januari 2005.
Dalam pada itu, Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Speaker Majlis Perundangan Palestin (PLC), yang berfungsi sebagai parlimen di dalam sistem pentadbiran Palestin.
IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI