Pelajar Tingkatan Tiga kritikal dipercayai mangsa buli di asrama

BANGI, 3 RABIULAWAL – Seorang pelajar Tingkatan Tiga berada dalam keadaan kritikal selepas disyaki menjadi mangsa buli di asrama di sebuah sekolah di Sabak Bernam. 

Ibu mangsa, Siti Muhaini Mohammad Mansor, 43, berkata anaknya, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama berkenaan.

“Kalau betul jatuh dari tingkat tiga, mestilah patah riuk. Tapi hasil imbasan hanya tunjuk rahang sahaja yang patah. Sebab itu kami syak ada unsur buli,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau memaklumkan keputusan imbasan CT scan mendapati anaknya mengalami pendarahan pada bahagian kiri dan kanan otak, selain rahang patah serta kecederaan pada paru-paru.

Susulan kejadian itu, Siti Muhaini berkata pihaknya telah membuat laporan polis pada jam 5 pagi Selasa di Balai Polis Sabak Bernam.

Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang didakwa lambat memaklumkan kejadian kepada penjaga.

“Keluarga hanya dimaklumkan pada jam 4 pagi, sedangkan kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi.

“Warden kata Irfan jatuh dari tingkat tiga selepas makan mi segera. Tapi dalam laporan perubatan, dalam perutnya langsung tiada sisa makanan,” jelasnya.

Dilaporkan, lima pelajar telah ditahan polis untuk siasatan, namun masing-masing enggan memberikan keterangan setakat ini.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Negeri SG4 tegas tolak RUU URA

Next Post

RUU URA: Pembangkang minta undi belah bahagian

Related Posts