Polis: Empat pengunjung maut konsert Pinkfsh disyaki ambil ecstasy

Oleh Wartawan TV Pertiwi

 

BANGI, 3 Rejab Ketua Polis Selangor mendakwa empat pengunjung konsert Pinkfish yang meninggal dunia Selalu lalu dipercayai mengambil dadah jenis ecstasy.  

 

Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil siasatan awal mendapati terdapat dua lagi pengunjung konsert yang masih dirawat di hospital. 

 

“Semua mangsa ini didapati hadir secara berasingan bersama kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing.

 

“Selain empat mangsa yang sudah meninggal dunia, dua lagi masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seorang lagi sudah dibenarkan keluar dari hospital,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook Polis Selangor semalam mengulas insiden meragut empat nyawa itu.   

 

Katanya, polis menerima enam laporan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur berhubung pesakit yang dirawat di fasiliti berkenaan.

 

“Kedua-dua hospital ini menerima tujuh pesakit dan semua mereka menunjukkan simptom yang sama. Pihak polis membuka empat kertas siasatan kematian mengejut lanjutan kematian ini.

 

“Sehingga kini sebanyak enam percakapan saksi dirakam selain beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk membantu siasatan termasuklah pihak penganjur konsert,” katanya.

 

Hussein berkata pihak polis masih menunggu laporan toksikologi bagi mengesahkan pengambilan dadah jenis itu dan punca kematian.  

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kematian 4 individu berlaku di luar premis konsert – Pengurusan Pinkfish

Next Post

PUSPAKOM dakwa tidak terima tayar lori ragut lima nyawa sekeluarga

Related Posts