ISNIN, 29 NOVEMBER – Berikutan itu TV Pertiwi menghubungi Presiden Pertubuhan Pembela-Pembela Islam PEMBELA, Aminuddin Yahaya bagi mengulas mengenai isu ini.
Beliau berkata pekara ini sebagai satu salah faham namun, sikap DAP yang alergik tentang apa sahaja perkara membabitkan unsur melayu dan Islam dapat dipertontonkan.
Aminuddin Yahaya selaku Presiden PEMBELA berkata :
“…Saya rasa apa nama ni silap faham pihak dap yang minta diturunkan atau dialihkan dalam jawi tu. Yang pertama bagi saya adalah tulisan sebenar orang melayu asal. Dia sepatutnya tidak dianggap lain daripada itu . Cuma tulisan rumi yang ada sekarang ini adalah tulisan baru tapi tulisan melayu yang asal adalah tulisan jawi itu sebenarnya, saya tidak lihat apa masalah yang harus dijadikan satu tindakan untuk menghalang atau mengalih whatever lah.”
Ujar Aminuddin, tulisan rumi yang digunapakai hari ini adalah tulisan baharu namun kewujudan asalnya adalah bermula dengan tulisan jawi.
Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, Perkara ini adalah terjadi kerana salah faham namun sikap DAP yang tidak mahu anasir-anasir melayu dan Islam adalah tidak wajar.
Malah jika saja berlaku ada perkara membabitkan bahasa atau tulisan jawi, DAP seolah sering ke depan kerana sentimen itu, yang kebanyakannya menunjukkan penolakan DAP terhadap elemen Islam.
“…Ini menampakan sikap mereka begitu alergik pada apa-apa yang dilihat walaupun salah faham tapi dilihat seolah-olah ada elemen islam maka mereka tidak mahu jadi ini bagi saya membuktikan bagaimana sentimen mereka dan tidak mahu sedikit pun syiar islam itu wujud dalam negara ini. Jadi saya rasa ini tidak wajarlah….”