Jangan jadikan kematian Zara Qairina sebagai senjata politik – Anwar

BANGI, 24 SAFAR –  Perdana Menteri berkata, tindakan mempermainkan kematian pelajar, Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan kes buli untuk menipu dan melakukan hasutan adalah perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengingatkan semua pihak supaya tidak menjadikan kematian  Zara Qairina Mahathir sebagai senjata politik.

“Soal media sosial ini, kita kawal (tapi) ada terbatasnya. Umpamanya yang terbaru, seseorang yang kata dia itu doktor patologis bagi gambaran dan ini meracuni pemikiran jutaan orang sehingga ada rakan, isteri, sahabat bertanya PM (Perdana Menteri) apa ini?

“Orang itu (Zara) dah terkorban, kemudian kita jadikan ini sebagai satu senjata politik untuk menikam orang lain. Kalau benar tak apa, mana boleh kita mainkan seolah kematian orang itu (untuk) menipu dan menghasut sebegitu rupa,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

Anwar tidak menolak kemungkinan berlaku beberapa kesilapan dalam pengendalian kes Zara Qairina dari segi proses siasatan, kelewatan dan sebagainya.

Bagaimanapun, katanya pihak berkuasa sedang mengatasinya dengan sebaik mungkin.

“Saya, TPM (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri) Fadillah (Yusof), TPM (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi) semua dah keluarkan kenyataan dan kita sudah adakan mesyuarat peringkat tertinggi untuk pastikan siasatan telus,” katanya.

Perdana Menteri berpandangan bahawa budaya buli perlu dihentikan sama sekali.

“Kemelut dalam negara, terutama beberapa kes kematian anak-anak kita, anak kita Zara (Qairina) di Sabah, Faris (Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman) di Kelantan dan beberapa kes lain yang disebut kes buli.

“Buli ini penderaan psikologi, fizikal sama ada di sekolah, universiti, pejabat, Kementerian Kesihatan, itu mesti dihentikan kerana ini budaya yang merosakkan, kebejatan, penghinaan sama ada atas peribadi seseorang itu, warna kulitnya, dan pelbagai,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

270 wartawan terbunuh sejak Israel serang Gaza

Next Post

Rancangan khemah Israel helah baharu untuk usir penduduk Gaza – Hamas

Related Posts