Akmal cabar King Sing berdebat isu papan tanda

Oleh: Azzman Jamal

 

BANGI, Rabu – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing untuk berdebat mengenai kenyataan yang dibuat berhubung isu papan tanda yang kecoh baru-baru ini.

 

Cabaran itu dibuat selepas King Sing menyifatkan kritikan Akmal terhadapnya sebagai memalukan UMNO selain mempersoalkan ‘jasa’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu kepada Melaka selepas dilantik sebagai EXCO.

 

“Kamu yang keluarkan kenyataan yang berbaur perkauman, lepas itu nak salahkan orang lain yang perkauman pula.

 

“Tuduh saya memalukan parti saya apabila lawan apa yang kamu katakan?

 

“Hey menteri, kamu yang memalukan negara jadi menteri pun masih tidak boleh faham sensitiviti rakyat Malaysia dan berbahasa Melayu dengan baik,” kata Akmal dalam hantaran di Facebook hari ini.

 

Semalam, King Sing dalam kenyataan mempersoalkan apa yang telah dilakukan Akmal selaku EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

 

Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan Akmal hanya memalukan UMNO dan boleh menimbulkan ketegangan antara rakyat seterusnya menjejaskan kestabilan politik dan pembangunan negara.

 

Sebelum ini, King Sing dikritik berhubung kenyataan yang dibuat ekoran tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap premis perniagaan yang meletakkan papan tanda tulisan Cina yang mana beliau nyatakan ia dibimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap pelancong luar negara.

 

Pada masa sama, Akmal turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengganti jawatan menteri itu kepada individu lain yang lebih layak seperti Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer

 

Dalam pada itu, Akmal turut menasihatkan King Sing supaya datang ke Melaka atau melihat kandungan media sosial bagi mendapatkan perkembangan terkini terhadap usaha yang telah dilakukannya sebagai EXCO Melaka.

 

“Kalau nak tahu lebih lanjut, menteri boleh datang ke Melaka jumpa dengan saya ataupun jumpa dengan rakyat Melaka.

 

“Jika menteri terlalu malas, boleh tengok di media sosial apa yang saya lakukan sepanjang tiga tahun menjadi EXCO,” tambahnya.

 

IKLANKAN BISNES ATAU PRODUK ANDA DI TV PERTIWI

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pekerja Muslim yang alami isu diskriminasi solat Jumaat wajib buat aduan kepada JTK – Exco Johor

Next Post

Israel, Hizbullah setuju cadangan gencatan senjata, kata Biden

Related Posts