Pemimpin PAS, Bersatu Pahang perkukuh kerjasama hadapi PRU16

BANGI, 17 SAFAR – PAS dan Bersatu Pahang yang masing-masing mempunyai pemimpin baharu di peringkat bahagian dan kawasan, hari ini mengadakan pertemuan bagi memperkukuhkan kerjasama komponen Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) 

Menurut PAS Pahang, kedua-dua parti melalui slogan `PN Teraju Pahang’ menyatakan komitmen penuh untuk mengekalkan perpaduan dan kerjasama strategik bagi memastikan PN terus menjadi pilihan terbaik kepada rakyat Malaysia.

“Dalam pertemuan ini turut dibincangkan secara terperinci mengenai kebersamaan bagi menjayakan program Himpunan 30,000 (H30K) dengan tema Hogoh Jelai yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Oktober akan datang,” mengikut kenyataan itu, hari ini.

Menurut PAS Pahang, program mega itu akan menjadi platform penting bagi kedua-dua parti mempamerkan kekuatan perpaduan PN di Pahang, sekaligus menyampaikan mesej politik yang jelas kepada rakyat mengenai visi dan misi bersama menuju masa depan yang lebih cerah.

PAS Pahang yakin bahawa pertemuan itu akan membuka lembaran baharu bagi memperkasakan agenda perjuangan bersama antara PAS dan Bersatu di peringkat negeri.

“Kami berharap kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuhkan dan menjadi asas kepada kejayaan lebih besar pada masa akan datang, terutama dalam usaha mengembalikan kepercayaan rakyat Pahang dan Malaysia kepada kepimpinan PN,” kata PAS Pahang.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Harus menggali kubur dalam keadaan darurat – JAKIM

Next Post

Kes Zara Qairina: Nik Nazmi gesa Fadhlina tidak tuding jari kepada masyarakat

Related Posts