SKMM siasat video pempengaruh beri sisa makanan kepada gelandangan

BANGI, 11 SAFAR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memulakan siasatan terhadap penyebaran sebuah video tular yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai pempengaruh memberikan sisa makanan kepada seorang gelandangan.

Siasatan itu dijalankan berikutan aduan orang ramai yang tidak puas hati dengan perbuatan itu yang disifatkan sebagai tidak beretika dan mengeksploitasi golongan gelandangan demi hiburan murahan dan meraih tontonan di media sosial.

“SKMM memandang serius perbuatan menghasilkan serta menyebarkan kandungan yang merendahkan maruah individu, kerana ia bukan sahaja tidak berperikemanusiaan, malah mendorong kepada normalisasi budaya tidak bermoral dalam masyarakat,” kata SKMM dalam kenyataan itu, hari ini.

Menurut SKMM, siasatan dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.

Sehubungan itu, agensi berkenaan menasihat orang ramai supaya tidak menyebarkan atau memuat naik kandungan bersifat provokatif yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Sebarang perkongsian kandungan jelik, melampau, palsu atau berunsur ancaman boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).”

“Jika disabitkan kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali,” kata SKMM.

SKMM turut menegaskan komitmen untuk memastikan ruang siber tidak disalahgunakan, seiring usaha mengekalkan kedaulatan undang-undang dan keharmonian masyarakat.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kerajaan umum perincian penyasaran semula subsidi RON95 bulan depan

Next Post

Anak muda disuruh tamat sekolah awal, tapi bagaimana peluang kerja?

Related Posts