Kerajaan umum perincian penyasaran semula subsidi RON95 bulan depan

BANGI, 11 SAFAR – Kerajaan akan mengumumkan perincian pelaksanaan penyasaran semula subsidi RON95 pada akhir bulan depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini kerajaan giat menguji mekanisme penyasaran subsidi bagi memastikan ia beroperasi secara lancar apabila dilaksanakan kelak.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan sedang memperhalusi data dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

“Sepertimana yang diumumkan, bila dilaksanakan penyasaran semula subsidi RON95, melalui penggunaan MyKad, rakyat akan dapat menikmati harga RON95 yang lebih rendah iaitu pada harga RM1.99 seliter.

“Sementara mereka yang tidak layak untuk subsidi RON95 termasuk warga asing perlu bayar harga pasaran tanpa subsidi.

“Untuk itu, kerajaan berusaha memastikan pendekatan yang lebih menyeluruh diterapkan supaya subsidi RON95 dapat meliputi kelompok yang disasarkan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, semalam.

Dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam, kerajaan memaklumkan akan menggunakan data Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebagai rujukan pelaksanaan subsidi bersasar RON95.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang memangku tugas Menteri Ekonomi, berkata data membabitkan 30.4 juta profil individu itu akan digunakan oleh Kementerian Kewangan (MOF) sebagai rujukan bagi melaksanakan pemberian subsidi bersasar.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Benarkah makan durian menyebabkan strok? 

Next Post

SKMM siasat video pempengaruh beri sisa makanan kepada gelandangan

Related Posts