Ulsan pecat bekas jurulatih Harimau Malaya, Pan-gon

SEOUL, 7 SAFAR – Bekas ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon dipecat sebagai pengendali kelab Korea Selatan, Ulsan HD FC selepas persembahan mengecewakan yang gagal memenuhi jangkaan kelab itu.

Menurut laporan Sports Seoul, keputusan itu dibuat selepas prestasi hambar Ulsan dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Piala Dunia Kelab FIFA 2025 apabila pasukan bimbingannya gagal mencapai sasaran tinggi yang ditetapkan.

Pan-gon yang melalui tempoh hebat bersama Harimau Malaya, kembali ke Korea Selatan dan dilantik dengan harapan yang tinggi.

Bagaimanapun, dia gagal memberikan keputusan yang diharapkan oleh pengurusan dan penyokong Ulsan.

Sebagai langkah pantas untuk menstabilkan keadaan, Ulsan dilaporkan sedang bersedia untuk melantik bekas ketua jurulatih pasukan kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong sebagai pengganti Pan-gon.

Tae-yong, yang dikenali dengan kepelbagaian taktikal dan keupayaan membangunkan bakat muda dijangka akan menyuntik tenaga baharu dan hala tuju yang segar kepada pasukan. – AGENSI

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Isu karikatur monyet: Ahmad Fadhli mulakan tindakan undang-undang

Next Post

Adakah pensijilan halal dan REE menjadi konsesi rundingan tarif AS?

Related Posts