Kanada rancang iktiraf negara Palestin

OTTAWA, 6 SAFAR – Kanada merancang untuk mengiktiraf negara Palestin dalam mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), September ini.

Pengumuman Perdana Menteri, Mark Carney, semalam, sekali gus meningkatkan tekanan ke atas Israel ketika keadaan kebuluran semakin parah di Gaza.

Kenyataan Carney dibuat selepas Perancis menyatakan minggu lalu, akan mengiktiraf negara Palestin dan sehari selepas Britain menyatakan akan berbuat demikian dalam Perhimpunan Agung PBB, September ini jika pertempuran di Gaza, sebahagian wilayah Palestin yang diduduki Israel, tidak ditamatkan.

Carney berkata, keadaan di Gaza, termasuk kebuluran yang melanda penduduk menjadikan “prospek penubuhan negara Palestin semakin lenyap di depan mata kita.”

“Kanada mengecam fakta bahawa kerajaan Israel membiarkan bencana ini berlaku di Gaza,” katanya.

Menurut Carney, langkah pengiktirafan itu juga berpandukan jaminan berulang kali Pihak Berkuasa Palestin yang mewakili negara Palestin di PBB, sedang melaksanakan reformasi tadbir urus dan bersedia mengadakan pilihan raya umum pada 2026 yang tidak akan melibatkan Hamas “dalam apa jua bentuk.”

Pengumuman beberapa sekutu rapat Israel mencerminkan kemarahan masyarakat antarabangsa yang semakin memuncak terhadap sekatan Israel ke atas bantuan makanan dan keperluan lain ke Gaza dalam perang menentang militan Hamas, serta krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. 

Pemantau kebuluran global memberi amaran bahawa senario terburuk kebuluran sedang berlaku di Gaza.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan, tujuh lagi kematian akibat kebuluran semalam, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang mempunyai masalah kesihatan. 

Pejabat media kerajaan yang dikendalikan Hamas di Gaza pula berkata, tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya 50 orang dalam tempoh tiga jam pada hari yang sama ketika mereka cuba mendapatkan makanan dari trak bantuan PBB yang memasuki utara Gaza.

Rejim Zionis srael dan sekutu rapat, Amerika Syarikat, menolak kenyataan Carney.

“Perubahan pendirian kerajaan Kanada ketika ini adalah satu ganjaran kepada Hamas dan menjejaskan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza serta rangka kerja pembebasan tebusan,” kata Kementerian Luar Israel dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut memberikan kenyataan serupa selepas pengumuman Perancis dan Britain, sebelum ini.

Seorang pegawai Rumah Putih yang enggan dikenali pula berkata bahawa Presiden Donald Trump turut menganggap pengiktirafan negara Palestin sebagai langkah yang “salah dan memberi ganjaran kepada Hamas.”

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bantuan ke Gaza “jauh daripada mencukupi” – PBB

Next Post

Hentikan guna undang-undang drakonian terhadap peserta Himpunan Turun Anwar

Related Posts