Bantuan ke Gaza “jauh daripada mencukupi” – PBB

BANGI, 6 SAFAR – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan keadaan semasa untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “jauh daripada mencukupi” bagi memenuhi keperluan besar penduduk yang semakin terdesak dan kelaparan.

Menurut agensi kemanusiaan PBB, empat hari selepas Israel mengumumkan “henti taktikal”, kematian akibat kelaparan dan kekurangan zat makanan terus meningkat sekali gus jumlah korban dalam kalangan pencari bantuan turut bertambah.

“Bagi membolehkan pemandu PBB mengakses lintasan Kerem Shalom (Karam Abu Salem), kawasan yang dipagari oleh pihak berkuasa Israel perlu meluluskan misi tersebut, menyediakan laluan yang selamat, memberi beberapa ‘lampu hijau’ untuk pergerakan, menghentikan pengeboman, dan akhirnya membuka pintu besi untuk membolehkan mereka masuk,” katanya.

Mengulas lanjut, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) turut menyatakan bahawa penghantaran bahan api masih jauh daripada mencukupi untuk memastikan perkhidmatan kesihatan, kecemasan, air dan telekomunikasi terus berfungsi di wilayah Palestin yang sedang dikepung itu.

“Rakyat yang terdesak dan kelaparan terus memunggah sejumlah kecil bantuan daripada lori yang berjaya keluar dari lintasan. 

“Kemasukan bahan api ketika ini tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan kritikal yang menyelamatkan nyawa dan hanyalah setitik di lautan,” katanya. – Aljazeera

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gaza terus berdarah: 71 terbunuh ketika mencari bantuan

Next Post

Kanada rancang iktiraf negara Palestin

Related Posts