Thailand tutup sempadan, 12 terbunuh dalam serangan Kemboja

BANGKOK, 29 MUHARRAM – Ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja semakin meruncing apabila kerajaan Thailand menutup pintu sempadan susulan insiden serangan berdarah yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 nyawa.

Menteri Kesihatan Thailand, Somsak Thepsuthin mengesahkan bahawa 11 orang awam dan seorang anggota tentera terbunuh dalam serangan oleh pasukan Kemboja, lapor agensi berita Reuters.

Selain itu, seramai 24 orang awam dan tujuh anggota tentera Thailand turut cedera dalam insiden sama. Mangsa yang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak. Setakat ini, tiada maklumat rasmi dikeluarkan mengenai korban di pihak Kemboja.

Kenyataan rasmi oleh pihak tentera Thailand menyatakan kecaman keras terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Kemboja yang menyasarkan orang awam.

“Tentera Thailand mengecam keras tindakan Kemboja yang menggunakan senjata untuk menyerang orang awam di wilayah kami. Thailand bersedia mempertahankan kedaulatan negara dan melindungi rakyat daripada tindakan seperti ini.”

Tindakan menutup sempadan itu dijangka memberi kesan kepada ratusan keluarga dan komuniti yang tinggal di kawasan sempadan, yang selama ini bergantung kepada hubungan dua hala untuk keperluan harian dan perdagangan kecil-kecilan.

Perkembangan terbaru ini menambah tekanan diplomatik terhadap kedua-dua negara ASEAN itu, yang mempunyai sejarah panjang pertikaian sempadan sejak berdekad lalu.

Isu kedaulatan dan keselamatan rakyat perlu diberi keutamaan dan sebarang tindakan agresif yang mengorbankan nyawa orang awam adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi. – REUTERS

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kabinet terima dapatan awal kajian had dua penggal PM

Next Post

Hasrat Perancis iktiraf negara Palestin undang kecaman Israel, AS

Related Posts