Hasrat Perancis iktiraf negara Palestin undang kecaman Israel, AS

PARIS/WASHINGTON, 29 MUHARRAM – Presiden Emmanuel Macron mengumumkan bahawa Perancis akan mengiktiraf negara Palestin pada September ini ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun, rancangan Perancis dalam usaha membawa keamanan ke rantau itu. 

 itu mengundang kecaman keras Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Macron yang membuat pengumuman itu di platform X, turut mengemukakan sepucuk surat kepada Presiden Pihak Berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas yang mengesahkan hasrat Perancis untuk meneruskan pengiktirafan itu dan memujuk rakan-rakan antarabangsa lain supaya turut serta.

“Selaras dengan komitmen sejarah kami terhadap keamanan yang adil dan berkekalan di Timur Tengah, saya telah memutuskan bahawa Perancis akan mengiktiraf negara Palestin. 

“Saya akan membuat pengumuman rasmi ini pada Perhimpunan Agung PBB bulan September akan datang,” katanya. 

Perancis yang menjadi rumah kepada komuniti Yahudi dan Islam terbesar di Eropah, bakal menjadi negara Barat utama pertama mengiktiraf negara Palestin, langkah yang dijangka mengukuhkan gerakan yang selama ini didominasi oleh negara kecil yang secara tradisi lebih kritikal terhadap Israel.

Berita ini mencetuskan kemarahan di Tel Aviv dan Washington.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengecam keputusan itu oleh antara sekutu rapat Israel dan anggota G7 dengan berkata langkah itu “menggalakkan keganasan dan berisiko mewujudkan satu lagi proksi Iran.”

Dalam hantaran di X, katanya: “Sebuah negara Palestin dalam keadaan sekarang akan menjadi pelancar serangan untuk memusnahkan Israel, bukan untuk hidup berdampingan secara aman.

“Jelas sekali: rakyat Palestin tidak mahukan sebuah negara di samping Israel; mereka mahu sebuah negara menggantikan Israel.”

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, menyifatkan tindakan itu sebagai “memalukan dan tunduk kepada keganasan,” sambil menambah bahawa Israel tidak akan membenarkan kewujudan entiti Palestin yang “mengancam keselamatan dan kelangsungan hidup kami.”

Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, pula berkata AS dengan tegas menolak rancangan Macron untuk mengiktiraf negara Palestin di Perhimpunan Agung PBB.

Dalam kenyataan di X, Rubio berkata, “Keputusan tidak bertanggungjawab ini hanya menguntungkan propaganda Hamas dan merencatkan usaha keamanan. Ia adalah satu tamparan kepada mangsa serangan 7 Oktober.”

Terdahulu, Kanada turut menggesa Israel mencari jalan damai dengan Perdana Menteri Mark Carney mengecam “kegagalan Israel mencegah bencana kemanusiaan yang semakin buruk di Gaza” dan mengulangi sokongan terhadap penyelesaian dua negara.

Carney turut menuduh Israel melanggar undang-undang antarabangsa kerana menyekat bantuan yang dibiayai Kanada untuk orang awam di wilayah Palestin yang dilanda peperangan.

“Kanada menggesa semua pihak untuk berunding dan mencapai gencatan senjata segera secara ikhlas,” tambahnya.

“Kami mengulangi desakan agar Hamas segera membebaskan semua tebusan, dan agar kerajaan Israel menghormati integriti wilayah Tebing Barat dan Gaza.”

Dalam satu kabel diplomatik pada Jun lalu, AS menyatakan menentang sebarang langkah sebelah pihak untuk mengiktiraf negara Palestin, malah memberi amaran bahawa tindakan begitu bertentangan dengan kepentingan dasar luar AS dan boleh membawa tindak balas. – REUTERS

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Thailand tutup sempadan, 12 terbunuh dalam serangan Kemboja

Next Post

Pendidikan negara perlukan reformasi luar biasa – Dr Anuar

Related Posts