Himpunan Turun Anwar: Penjawat awam tertakluk arahan KSN – AGC

BANGI, 28 MUHARRAM – Penjawat awam tertakluk kepada arahan khusus yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) berhubung larangan menyertai sebarang perhimpunan awam.

Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan, sebarang kegagalan mematuhi P.U. (A) 1/2012, P.U. (A) 395/1993, Perintah-Perintah Am, pekeliling, surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh kerajaan boleh menyebabkan tindakan tatatertib diambil ke atas pegawai awam itu di bawah P.U. (A) 395/1993.

“Meskipun Perkara 10(1)(a) dan 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan hak kepada setiap warga negara untuk bercakap dan bersuara serta hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata, namun hak-hak tersebut adalah tidak bersifat mutlak,” kata AGC dalam satu kenyataan, semalam.

Minggu lalu, KSN, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, mengingatkan penjawat awam supaya tidak menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadualkan berlangsung di ibu negara, Sabtu ini.

Beliau berkata, tidak wajar penjawat awam menyertai himpunan itu kerana tindakan itu tidak sesuai dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara yang terkandung dalam Rukun Negara.

AGC menyatakan, seseorang pegawai awam adalah tertakluk kepada Surat Aku Janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan 20(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A) 1/2012].

“Berdasarkan Surat Aku Janji tersebut, setiap pegawai awam bertanggungjawab mematuhi segala peraturan termasuk Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], Perintah-Perintah Am, pekeliling, surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut berdasarkan P.U. (A) 1/2012 dan P.U. (A) 395/1993, seorang pegawai awam, antara lain, hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan.

“Tidak berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam dan tidak boleh membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama kerajaan,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Memang RM100 nampak kecil…tapi kena bersyukur’ – MB Negeri Sembilan

Next Post

Jangan remehkan bantuan RM100 – Anwar

Related Posts