JUMAAT, 12 NOVEMBER – Sebuah sekolah menengah di Hulu Langat Selangor hari ini mendapati ada dikalangan pelajar mereka yang positif Covid-19.
Bagaimanapun, mereka yang positif dan kontak rapat sahaja yang diarah untuk menjalani kuarantin.
Menurut salah seorang guru yang di sekolah tersebut, pelajar tingkatan lima itu sudah didapati bergejala beberapa hari lalu dan pelajar itu merupakan penghuni asrama di sekolah tersebut.
Selain itu, ada juga beberapa pelajar lain termasuklah pelajar tingkatan satu membabitkan pelajar dari sesi petang, yang juga disahkan positif namun tidak mengalami sebarang gejala.
Sekolah menengah tersebut mempunyai pelajar dari tingkatan satu hingga lima, dan sebahagiannya menginap di asrama.
Dia yang enggan mendedahkan identitinya juga berkata, selama ini segala segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh pihak sekolah.
Antaranya, mereka masih tidak membenarkan para pelajar untuk makan di kantin sekolah.