Anwar ucap selamat ulang tahun ke-100 kepada Dr Mahathir

BANGI, 14 MUHARRAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mendoakan kesejahteraan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sempena ulang tahun kelahiran negarawan ke-100, hari ini.

Anwar berkata: “Saya dan Azizah mendoakan setulusnya agar Tun terus dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna. 

“Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.” 

Beliau kemudian mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada Tun Dr Mahathir. 

“Semoga Allah SWT terus merahmati Tun, Insya-Allah,” katanya.

Sementara itu sempena ulang tahun kelahiran ini, Dr Mahathir mengadakan siri Podcast khas beliau pada jam 10 pagi tadi.

Dr Mahathir mencatat sejarah dalam dunia politik negara sebagai pemimpin politik yang dua kali menjadi Perdana Menteri.

Selepas memimpin negara selama 22 tahun, iaitu antara 1981 hingga 2003, Dr Mahathir pada usia 93 tahun sekali lagi menjadi Perdana Menteri pada 2018 hingga 2022.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Blok pentadbiran SMAPK Kajang terbakar

Next Post

Tun Mahathir 100 tahun: Disiplin, kesihatan dan rahsia panjang umur

Related Posts