HPBM lahirkan semangat cinta terhadap bangsa, perjuangan Melayu

BANGI, 2 MUHARRAM — Hari Peradaban Bangsa Melayu (HPBM) kali kedua yang dirancang sejak 2023 namun tertangguh hampir dua tahun akhirnya berjaya dianjurkan pada hari ini, 28 Jun di Dewan Majlis Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. 

Ketua Sekretariat Gabungan Nasionalis (GN), Rashidi Harris berkata, HPBM adalah hari yang seharusnya menjadi kebanggaan semua kerana sebelum ini belum pernah wujud satu hari khusus untuk menjulang bangsa Melayu sebagai sebuah bangsa bertamadun.

Beliau berkata, pihaknya sedang meletakkan ‘satu batu sejarah’ kepada matlamat perjalanan bangsa Melayu menuju kejayaan dan kegemilangan semula melalui tiga objektif.

“Pertama, untuk membangkitkan kembali rasa kasih sayang anak bangsa Melayu kepada agamanya, kepada bangsanya, dan kepada tanah airnya, yang kita lihat hari ini semakin lama semakin pupus. Sedikit demi sedikit ke tepi,contohnya tulisan jawi. Sekarang ramai yang tidak boleh membaca dan menulis tulisan jawi. 

“Keduanya untuk menanam kembali rasa bangga menjadi bangsa melayu yang hebat, bangsa yang gemilang.

“Ketiga, untuk membuat pembetulan atau ‘reset’ semula maruah dan harga diri bangsa melayu untuk bekerja keras untuk menjadi bangsa yang kuat,” katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang DiMuliakan Tengku Dato’ Dr. Jamaluddin bin Tengku Mahmud Shah Al-Haj, Orang Besar Daerah Sepang; Pengerusi Gerakan Nasionalis, Aminuddin Yahaya; Pengerusi Gerakan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Fauzi Asmuni dan wakil dari Riau, Indonesia. 

Semenara  itu, Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya memohon agar kerajaan mengiktiraf 1 Muharram setiap tahun sebagai tarikh rasmi sambutan HPBM.

Katanya, langkah itu bagi memberi ruang penyertaan yang lebih meluas kepada rakyat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Justeru itu, Aminuddin turut mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Persatuan Budaya dan Kesenian Melayu di semua sekolah sebagai usaha memupuk budaya ini sejak dibangku sekolah. 

“Kita meminta pihak media, Kementerian Komunikasi untuk memberi ruang dalam siaran-siaran TV, RTM umpamanya satu sesi ataupun satu ruang untuk menyiarkan sama ada bentuk dokumentari ataupun filem yang menceritakan tentang budaya, tentang keris, tentang persilatan, tentang sejarah.

“Kita nak memohon pada pihak kerajaan supaya mengadakan satu bangunan khusus yang kita panggil sebagai galeri Melayu,” katanya.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

(Podcast) Fatwa tidak boleh dicabar: Penjelasan disebalik penghakiman rayuan SIS Forum

Next Post

Serangan kejam Israel ragut 71 nyawa di Penjara Evin, Iran

Related Posts