Serangan kejam Israel ragut 71 nyawa di Penjara Evin, Iran

TEHRAN, 4 MUHARRAM — Sekurang-kurangnya 71 orang terbunuh dalam satu serangan udara oleh rejim Israel ke atas Penjara Evin, penjara terkenal di ibu negara Iran yang menempatkan ramai tahanan politik.

Jurucakap kehakiman Iran, Asghar Jahangir memaklumkan, serangan tersebut bukan sekadar menyasarkan kemudahan ketenteraan atau nuklear, sebaliknya simbol penting sistem pemerintahan Iran.

“Dalam serangan ke atas Penjara Evin itu, seramai 71 individu terbunuh, termasuk kakitangan pentadbiran, pemuda yang sedang menjalani khidmat ketenteraan, tahanan, ahli keluarga yang sedang melawat, serta penduduk sekitar penjara,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik saluran berita kehakiman Iran, Mizan.

Tambah beliau, bangunan pentadbiran penjara itu mengalami kerosakan serius, manakala semua baki tahanan telah dipindahkan ke penjara lain di wilayah Tehran demi keselamatan.

Penjara Evin sebelum ini menjadi perhatian antarabangsa kerana menempatkan tahanan politik serta beberapa warga asing — termasuk dua rakyat Perancis, Cecile Kohler dan Jacques Paris, yang telah ditahan sejak tiga tahun lalu.

“Serangan yang menyasarkan Penjara Evin di Tehran telah membahayakan nyawa warganegara kami. Ini sesuatu yang tidak boleh diterima,” tegas Menteri Luar Perancis, Jean-Noel Barrot di platform media sosial X.

Serangan ini mencetuskan kecaman meluas, dengan banyak pihak melihatnya sebagai satu eskalasi baharu Israel dalam usaha melemahkan Iran bukan sahaja secara fizikal, tetapi juga moral dan simboliknya. – REUTERS

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

HPBM lahirkan semangat cinta terhadap bangsa, perjuangan Melayu

Next Post

Israel bunuh 72 di Gaza, termasuk yang kelaparan tunggu makanan

Related Posts