GST: ‘Siapa yang patut pergi kursus, rakyat atau Perdana Menteri?’ – GPS

BANGI, 19 ZULHIJJAH — GST bermaksud ‘Goods and Services Tax’ bukan ‘General Services Tax’, kata Gerakan Pengundi Sedar (GPS).

Menurut GPS, ucapan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyentuh mengenai sistem percukaian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mencetuskan persoalan besar.

Katanya, ucapan itu dilihat sama ada cubaan untuk mengelirukan rakyat tentang GST atau mencerminkan bahawa Perdana Menteri sendiri keliru antara kedua-dua sistem percukaian tersebut.

“Depan rakyat jelata semalam, PMX merangkap Menteri Kewangan menyebut bahawa GST bermaksud General Services Tax dan menggambarkannya sebagai cukai am kepada semua orang.

“Lebih menghairankan, beliau turut menyatakan bahawa SST pula adalah cukai ke atas import.

“Betul ke PMX tersasul? Atau cuba nak bohong rakyat. Jangan ingat rakyat tak cerdik ya,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

Mengulas lanjut GPS menerangkan bahawa GST adalah sistem cukai berasaskan nilai yang diamalkan secara meluas di seluruh dunia.

SST pula katanya, bukan cukai import semata-mata dan ia dikenakan ke atas pengilang dan penyedia perkhidmatan tempatan.

“Dalam kenyataan yang sama, PMX sempat menyindir rakyat kononnya perlu ambil kursus untuk faham GST.

“Tetapi, siapa sebenarnya yang perlu pergi kursus? Rakyat atau Perdana Menteri?” soalnya.

Tambah GPS, apabila pemimpin tertinggi negara sendiri gagal memahami atau sengaja mengelirukan rakyat tentang sistem cukai, rakyat dah boleh mula fikir soal integriti dalam pengurusan kewangan negara.

“GST bukanlah sistem sempurna. Tetapi untuk menolaknya dengan fakta yang salah demi persepsi politik semata-mata, itu satu bentuk penipuan intelektual,” katanya sambil menambah rakyat berhak tahu fakta sebenar.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

GST vs SST: Tiada media berani siarkan berita PMX diperlekeh – Tun Faisal

Next Post

Perang Iran-Israel: Naratif media tentukan mangsa dan penyangak

Related Posts