Najib gagal gugurkan tiga tuduhan pengubahan wang haram RM27 juta

BANGI, 14 ZULHIJJAH — Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal dalam percubaannya untuk menggugurkan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana berjumlah RM27 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Pendakwa Raya, Ashrof Adrin Kamarul, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan pihak pembelaan bertarikh 31 Julai 2023.

Susulan itu, pihak pendakwaan akan meneruskan perbicaraan kes berkenaan seperti dijadualkan.

Najib, 71, sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM27 juta yang dimasukkan ke dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014.

Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda maksimum RM5 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Anjur himpunan bantah Azam Baki, Amira Aisya dipanggil polis

Next Post

Kenyataan awal pemandu bas nahas UPSI akan ganggu siasatan

Related Posts