SELASA, 28 DISEMBER – Hujan lebat petang tadi di Kajang, Selangor menyebabkan beberapa lokasi dinaiki air.
Hujan lebat selama sejam memaksa kenderaan terkandas dalam aliran air deras.
Sungai Langat juga dikatakan telah melepasi paras bahaya dengan trend aliran air terus meningkat.
Orang ramai turut berkongsikan video air bah di laluan Kajang menuju ke Semenyih.