BANGI, 12 ZULHIJJAH —Tentera negara haram Israel terus mengganas apabila menyerang sebuah sekolah yang dijadikan sebagai tempat perlindungan rakyat Palestin di wilayah Jabalia yang terletak di utara Gaza.
Mujur kali ini, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan apabila rakyat Gaza sempat menyelamatkan diri selepas menerima amaran awal mengenai serangan tersebut.
“Mereka mengarahkan kami keluar sebelum bertindak mengebom sekolah berkenaan.
“Saya tidak tahu nak ke mana selepas ini.
“Sekolah ini adalah tempat perlindungan kami dan tiada sesiapa di sini inidivdu yang dikehendaki. Kebanyakan mereka yang di sini adalah kanak-kanak. Ke mana kami mahu pergi?” luah seorang penduduk, Um Louay Hussein kepada media antarabangsa, AlJazeera
Seorang lagi penduduk, Abu Anas Abd Rabbo turut meluahkan rasa sedih apabila sekolah yang dimusnahkan itu juga menjadi tempat berteduh bagi dia dan keluarganya.
“Kesengsaraan kami tidak terungkap. Tentera Israel telah memaklumkan kami bahawa mereka akan mengebom sekeolah ini, setengah jam kemudian, mereka jatuhkan tiga roket.
“Apabila kami pulang ke sini, sekolah ini sudah musnah,” katanya.
Sertai Saluran Telegram TV Pertiwi: t.me/tvpertiwi