Abu Shabab didakwa bersekongkol dengan Israel, Hamas beri masa 10 hari serah diri

GAZA, 7 MUHARRAM — Mahkamah Revolusi yang dikendalikan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Gaza memberi amaran keras kepada ketua kumpulan jenayah, Yasser Abu Shabab, agar segera menyerah diri dalam tempoh 10 hari bagi menghadapi pertuduhan berat termasuk pengkhianatan. 

Abu Shabab, 35, merupakan ketua kumpulan bersenjata Popular Forces yang berpangkalan di selatan Gaza, didakwa bersekongkol dengan rejim Zionis dalam kegiatan merampas bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.

Dia berdepan tuduhan membentuk kumpulan bersenjata haram, bekerjasama dengan entiti musuh, melakukan pemberontakan serta mengkhianati perjuangan rakyat Gaza yang dizalimi sejak sekian lama.

Mahkamah menegaskan bahawa jika Abu Shabab enggan menyerah diri, beliau akan dibicarakan tanpa kehadiran dan dianggap sebagai pelarian yang bersubahat dengan musuh.

Dalam kenyataan balas, kumpulan Popular Forces menyifatkan arahan Hamas sebagai satu “drama” dan mencabar pihak berkuasa Gaza.

“Drama yang tidak menakutkan kami, dan tidak juga menakutkan mana-mana lelaki bebas yang cintakan tanah air dan maruahnya,” katanya. 

Sebelum ini, nama Abu Shabab menjadi sebutan apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sendiri mengakui telah “mengaktifkan” kumpulan tempatan di Gaza sebagai proksi keselamatan.

Difahamkan, kumpulan Popular Forces yang dianggotai kira-kira 100 individu bersenjata mendakwa mereka sekadar mengawal penghantaran bantuan ke pusat agihan Gaza Humanitarian Foundation (GHF) – msebuah organisasi yang ditubuhkan oleh Israel bagi menggantikan sistem sedia ada dikendalikan PBB dan NGO.

Namun, pusat agihan GHF itu sering menjadi medan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin yang kelaparan dan menunggu bantuan.

Menurut laporan European Council on Foreign Relations, Abu Shabab dikenali sebagai ketua kumpulan jenayah aktif di Rafah, dan pernah dipenjarakan oleh Hamas atas kesalahan berkaitan dadah.

Mahkamah turut menyeru rakyat Gaza agar tampil melaporkan lokasi Abu Shabab, dan mengingatkan bahawa sesiapa yang bersubahat atau melindunginya akan dianggap membantu pengkhianat agama dan tanah air.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

PN tuntut pendedahan isu Ambalat dan Triti Sulawesi di Parlimen

Next Post

Feri karam berhampiran Bali, 61 penumpang hilang

Related Posts